" kita menjadi diri kita sekarang melalui pengalaman dulu, sekarang dan akan datang"
" kita bahagia sekarang kerana kepahitan masa lalu"
"kita sembuh sekarang sebab kita makan ubat dulu"
"kita boleh gelak sorang2 bila teringat pengalaman dulu"
" kita juga belajar daripada pengalaman orang lain"


" So...kongsi pengalaman kita selagi kita bernyawa"

Wednesday, April 23, 2014

C.i.N.t.A

SaLaM.......

 CINTA...bila sebut tentang cinta...macam2 takrifan, description, pengertian, mksud, erti (n mcm2 lg yg seumpama ngn nye)ad yg ckp cinta nie pengorbanan...ad yg ckp cinta nie penyatuan..ad yg ckp cinta nie keseronokan...now a days, ble kt tny psl cinta even dak kcik pown da leh ckp psl cinta nie...he3...law zaman cik reha dl..nk ckp psl cinta nie cm geli jerk...hak3..cik reha couple pown time form 5...tpi dak2 zaman skrg nie darjah 3 pown da reti b'cinta...iskh2...begitu pesat p'edaran zaman..

Tpi cinta zamn sekarang x sme cm cinta dl kn (sape stuju leh angkt tangan..he3)..cik reha sbnrnye ad benda nk cite laa kn psl kwn cik reha nie laa...kwn cik reha nie nme die Ayu (bkn nme sbnr)....die nie bgitu setia ngn cinta die...bygkn (ok sume bygkn konon2 kt dri sendri laa..bkn suh bygkn dri msing2 hnsem @ cntik) Ayu nie b'cinta dengan pkwe die (ermm..nme pkwe die..nk taw ker??law cik reha x bg taw blh ker???alaa mst sume nk taw kn...ok3...)nme pkwe si Ayu nie Zarul..die owg nie da b'cinta dr tingkatan 5 lg...law d kira2 laa kn (pas d cmpur, di tolak, di darab n bahagi)..da 7 thn da dieowg nie couple (lama...kn..cik reha sendri pown t'kejut..iskh2 lama btl)..

Terimalah cerita yg x seberapa ini...

Cik reha cite ckit psl Ayu nie (sume nk taw kn Ayu nie cm ner)..ok Ayu nie cm biase laa mst laa pompuan kn...die nie kn pkai tudung...mke die biase je...org nye simple jerk...tpi die nie jenis kasar ckit...kasar2 pown manja taw...cepat 'touching'...hak3...baca novel pown leh meleleh air mata...hahaha...cam kelakar laa lak...kelakar x kelakar pown hobi si Ayu nie sama macam cik reha law baca novel mesti melelehnye lh..

Zarul nie owg die .......emmmm(ngah membayangkn Zarul nie cam ner owg nye)...die seorng lelaki biase...simple jerk...mke die boleh tahan laa...nk kata hensem 2...setiap owg ad taste masing2 kn...ad yg ckp rupa die 2 hensem tapi org laen tgk biase jerk...

Ok..b'balik kisah mereka nie kn...

Mereka berdua nie bercinta punya lah lama...bahkan kenal pown dah lama...Si Ayu nie sangat setia pada sang kekasih...Si Zarul nie pula sayang sangat si Ayu tetapi die x boleh setia pada yang satu...Zarul nie sebenarnya tak boleh nampak perempuan yang cantik, yang sopan santun dan cakap pun penuh kelembutan..

Sebenarnya sudah beberapa kali Ayu dapat menangkap perbuatan Zarul yang mencuranginya namun di sebabkan cinta, Ayu pura-pura tidak nampak perlakuan sebenar Zarul. Iya lah, cinta 2 kan buta..
Pertama kali, Zarul tu terkantoi dengan Ayu nie di sebabkan kecuaian Zarul memberi telefon bimbitnya kepada Ayu..masa tu Ayu nie tengah duk lepak-lepak tepi tasik manakala Zarul tergesa-gesa pergi ke toilet..Entah macam mana Ayu tiba-tiba tergerak hati untuk membuka peti inbox mesej telefon Zarul. Semasa dia membuka salah satu mesej tersebut, die tercengang kerana orang yang mesej Zarul itu menggunakan panggilan sayang dan Zarul juga membahasakan dirinya sayang dalam mesej tu. Betapa kecewanya Ayu ketika itu, kepercayaan yang diletakkan 100% kepada Zarul hancur berkecai..lalu Ayu meminta penjelasan daripada Zarul. Zarul yang ternyata kesal dengan tindakannya memujuk Ayu supaya mempercayainya. Ayu begitu simpati dengan Zarul walaupun cintanya kepada Zarul tinggal sisa-sisa. Namun Ayu tetap pulang bersama-sama kekecewaan. Sejak daripada itu, Ayu berhati-hati dalam mempercayai Zarul.
Walau bagaimanapun, kekesalan Zarul tidak berakhir di situ, Zarul kembali membuat perangai lamanya. Lalu Ayu di tipu lagi. Lalu mereka pun putus cinta. Selepas daripada kejadian itu, Ayu tidak mahu mempercayai mana-mana lelaki untuk bercinta sekadar berkawan sahaja.

Selang 1 tahun, tiba-tiba Zarul menghubungi Ayu, untuk berkawan semula. Lalu Ayu menerima salam perkenalan dengan Zarul kerana mengikut perkiraan Ayu, untuk mendapat lelaki yang baik, kita kena menjadi baik dan memaafkan orang yang telah berbuat salah dengan kita. Ayu berfikir begitu setelah mendengar ceramah tentang cinta oleh penceramah yang tersohor.

Akhirnye cinta mereka kecundang jgk...mgkin d sebabkn ayu nie x cukup baik utk Zarul atau sebaliknya. Kalau cinta itu berkisar semata-mata rupa paras mmg tidak akan kemana. Pilih lh hati budinya. Pengalaman ni mungkin untuk mematangkan fikiran Ayu tentang cinta dan untuk menyedarkan Zarul bahawa hargai lah mereka di sekeliling yang sentiasa ada ketika susah senangnya. Jangan hanya bila sudah senang, si Zarul terus melupakan Ayu.

Kini Ayu telah menemui orang yang betul-betul menghargainya lebih daripada Zarul menghargainya pada satu masa lalu..

Zarul pula kini keseorangan dan masih mencari pasangan. Zarul telah menyesal kerana pernah mensia-siakan Ayu ketika mereka bercinta dahulu. Zarul baru menyedari bukan senang untuk mencari pasangan yg sanggup bersusah payah dengan nya.

Kini mereka masih lagi berkawan walaupun masing2 sudah tiada ikatan percintaan. Bagi Ayu, cinta pertama mmg susah untuk dilupakan tetapi cinta kedua tidak semestinya tidak membawa bahagia.

Ayu berkata "Hubungan percintaan yang lama tidak menjamin kita betul-betul mengenali pasangan kita. Terima kasih Zarul kerana beri pengalaman cinta & cinta ini makin mematangkan Ayu untuk memilih pasangan. Terima kasih juga sbb duku terima Ayu walaupun Ayu tidak secantik perempuan yg Zarul inginkan.Semoga Zarul jumpa dgn perempuan yg Zarul dambakan selama ini".

Zarul titipkan kata-kata kepada Ayu. " Terima kasih Ayu kerana pernah hadir dalam hidup Zarul, hingga kini Zarul tak dapat lupakan Ayu. Zarul tahu dulu mmg salah Zarul sbb itu Zarul kehilangan Ayu. Zarul doakan Ayu bahagia dgn pasangan Ayu. Kenangan kita akan sentiasa Zarul simpan. "

P/ S - terima lah pasangan kita seadanya...terima kekurangnnya. Jgn terlalu mncari yg sempurna. Cerita hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena yg hdup atau mati. Klu ada persamaan 2 hanya kebetulan sahaja..

Hak cipta terpelihara - s.n.f.a

No comments:

Post a Comment