" kita menjadi diri kita sekarang melalui pengalaman dulu, sekarang dan akan datang"
" kita bahagia sekarang kerana kepahitan masa lalu"
"kita sembuh sekarang sebab kita makan ubat dulu"
"kita boleh gelak sorang2 bila teringat pengalaman dulu"
" kita juga belajar daripada pengalaman orang lain"


" So...kongsi pengalaman kita selagi kita bernyawa"

Tuesday, July 24, 2012

Feel about it..

Assalamualaikum...... ...Syukur Alhamdulillah Cik Reha diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah dan menghayati keindahan kekuasaan-NYA...

Bulan Ramadhan kembali lagi...sudah 2 tahun kami berpuasa tanpa kehadiran abah...semasa melihat gambar konvo tiba-tiba air mataku menitis melihat wajah gembira abah yang sentiasa tersenyum apabila melihat anaknya telah mendapatkan segulung ijazah...tapi kini wajah itu sudah tidak dapat dilihat kerana Allah lebih sayangkan dia. Dia telah meninggalkan kami sekeluarga pada akhir tahun 2010...sungguh cepat masa berlalu...aku rasakan dia masih lagi ada bersama-sama kami..aku berpura-pura tabah tapi sebenarnya aku tidak cukup tabah...kadang-kadang aku sedih apabila melihat family yang boleh bermesra dengan abah masing-masing...tapi bagi kami sekeluarga...semuanya menjadi kenangan...

Sekarang baru aku tahu kenapa ibuku tidak mahu berpindah ke tempat lain...
KERANA di rumah itu lah kenangan bersama abah masih lagi ada...dan kenangan itu yang sentiasa menjadikan kami untuk terus mengingati abah...

P/s :
Kita kena jadi ceria supaya ceria menutupi kesedihan...
Kita kena jadi tabah supaya tabah menutupi kekurangan...
Kita perlu jadi kuat supaya kuat itu menutupi kelemahan...

Pengalaman yg terjadi ada hikmah di sebalik percaturan dan ketentuan Allah...